Followers

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Saturday, April 23, 2011

"Kami Tak Lakukan Hubungan Seks"


MOSCOW: Angkasawan Soviet mahupun Russia tidak pernah mengadakan seks di angkasa lepas sepanjang 50 tahun penjelajahannya.


“Tidak ada bukti rasmi atau tidak rasmi mengenai angkasawan kami melakukan seks atau melakukan kajian seks di angkasa lepas,” kata Valery Bogomolov, Timbalan Pengarah Institut Masalah Perubatan Bio yang berpangkalan di Moscow kepada agensi berita Interfax.

“Sekurang-kurangnya dalam sejarah penjelajahan angkasa lepas Russia atau Soviet, ia sudah pasti tidak berlaku,” kata Bogomolov.


Khabar angin sejak beberapa tahun lalu mendakwa wujudnya program sulit Russia dan Amerika untuk melakukan kesan kenirberatan terhadap seks tetapi ia disangkal oleh kedua-dua pihak.

“Mengenai penjelajahan angkasa lepas Amerika, Saya tidak memperoleh maklumat untuk menafikannya. Ia hanya khabar angin yang tidak perlu dipercayai,” kata Bogomolov.

BACA LAGI ""Kami Tak Lakukan Hubungan Seks""

Nisvia



100% Ekstrak Semulajadi
0% Karbohidrat
0% Kalori
0% Protein
0% Lemak

Baik Untuk:
- Penghidap Kencing Manis
- Penghidap Tekanan Darah Tinggi
- Melawaskan Kencing
- Pelbagai Jenis Penyakit Lain


FAKTA RINGKAS NISVIA.

APA ITU NISVIA?
"Ia dikatakan boleh mengantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi"
  • Produk yang berasaskan dari sejenis daun yang digelar stevia, sebagai pemanis daripada spesis rebaudiana.
  • Stevia merupakan salah satu 240 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).
  • Stevia bukan sahaja pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.

SEJARAH NISVIA.
  • Daun stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
  • Ia mula digunakan di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu.
  • Orang Indian Guarani (kaum pribumu Paraguay) telah mengenali kelebihan dan keunikan "KAA he-he" (istilah asli yang diterjemahkan sebagai "ramuan manis") berabad-abad sebelum penjajah-penjajah dari dunia lama (Eropah) datang meneroka benua Latin Amerika (Dunia Baru) kerana mencari harta dan kekayaan baru.
  • Di Eropah kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke 16 dan ia kemudian dibawa ke Asia.

KANDUNGAN NISVIA.
Sejenis daun yang dipanggil stevia yang membiak tumbuh kebanyakkannya melalui keratan batang dan terbukti sebagai alternatif pengganti gula yang memberikan pelbagai khasiat.
  • Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu, boleh membesar setinggi 1 meter.
  • Stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis adalah daripada spesis "rebaudiana".
  • 100% ekstrak semulajadi.
Berkesan apabila larut didalam air dengan hanya masa 1 minit dan penggunaan yang berterusan sehingga dapat merasai khasiat-khasiat yang diberikan.
 

KELEBIHAN NISVIA.
Satu-satunya alternatif kepada penganti gula dan penjagaan kesihatan badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Melawaskan kencing dan sistem perkumuhan.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membunuh bakteria.
  • Membunuh kulat.
  • Membunuh Virus.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merawat luka terbakar.
  • Mengelakkan masalah diabetes.



PERBEZAAN NISVIA - GULA.

NISVIA.
  1. Sifar kalori lemak, karbohidrat serta toksid.
  2. 100% ekstrak semulajadi yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.
  3. Mengawal keseimbangan tahap gula di dalam badan.
  4. Rasa manisnya 100-200 kali ganda dari gula tebu.
  5. Hanya perlu mengunakannya dengan kuantiti yang sedikit,
  6. Boleh berjimat.
  7. Pengambilan berlebihan tidak mengancam kesihatan.
GULA.
  1. Zat kosong semata-mata sukrosa
  2. Tidak mengandungi nutrein penting seperti vitamin B, enzim-enzim & hanya mengandungi garam galian pada kadar yang sangat rendah.
  3. Melepaskan glukosa dengan pantas.
  4. Kadar yang berlebihan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh mengancam kesihatan.



SIHAT DENGAN NISVIA.

Setelah kajian dilakukan, ternyata produk nisvia bukan hanya sekadar pemanis sahaja tetapi boleh memberikan pelbagai bentuk khasiat dan manfaat kepada pengguna.
  • Membantu mengurangkan stress & mencergaskan minda.
  • Mencegah kanser, tiroid & tumor.
  • Membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh.
  • Membawa kebaikkan bagi jantung.
  • Meningkatkan inflamasi yang rendah dalam darah.
  • Melancarkan peredaran darah dan sesuai untuk penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis.


TESTIMONI

Selama kami mempromosikan produk NISVIA ini, ramai yang berpuas hati dengan produk kami ini. Bukan sahaja diterima bagi golongan warga tua. Ia juga diterima oleh warga belia di negara kita. Kini mereka tampil, tampil untuk membuktikan kehebatan NISVIA ini.

“Pada tahun lepas. Saya nyaris kehilangan kaki saya kerana saya mengalami kencing manis. Saya rasa putus asa. Tetapi setelah diperkenalkan dengan NISVIA oleh seorang sahabat. Saya merasai perubahan setelah mengunakannya. Alhamdulillah, penyakit saya semakin sembuh dari hari ke hari. NISVIA adalah produk semulajadi yang menakjubkan.”
Ustaz Salleh B. Jabar. Seksyen 7, Shah Alam.

“Saya mempunyai penyakit kencing manis dan tekanan darah. Setelah mengunakan NISVIA. Semakin hari penyakit saya berkurangan. Dari tekanan darah 13. Menurun ke paras 6. NISVIA amat baik sekali. Kemana sahaja saya pergi. Saya pastikan saya membawa nya.”
Haji Abd. Rashid B. Haji Ismail. Guar Cempedak, Kedah.

 “Sebelum saya mengunakan NISVIA, sistem perkumuhan dalam badan saya tidak lawas. Setelah mengunakan NISVIA. Ia membuatkan sistem perkumuhan saya lawas dan memudahkan aktiviti harian saya. NISVIA jauh lebih baik dari apa yang saya sangkakan. Amat hebat sekali.”
Hajah Rosnah Bt. Osman. Guar Cempedak, Kedah.

"Saya menjalani rawatan Hemodilisis hampir 5 tahun. Selain itu saya juga menghidap tekanan darah tinggi dan kencing  manis. Setelah meminum gula STEVIA dari produk NISVIA, kencing manis dan darah tinggi saya  sudah turun ke tahap seimbang. Tidur malam nyenyak dan kaki yang kebas-kebas hilang."
Muhammad Bin Sulaiman. 

BACA LAGI "Nisvia"

Kelantan Menang Bergaya


Seperti diramal, pasukan Kelantan mengganas di Kota Bharu.Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu meraih kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengutip tiga penuh untuk mengumpul 27 mata, sekali gus berada di tangga kedua liga di belakang Selangor yang memiliki kelebihan dua mata.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin (40), Norshahrul Idlan Talaha (51), Mohd. Nizad Ayub (69) dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-73.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula, tuan rumah Kuala Lumpur dan Felda United sekadar berkongsi satu mata apabila terikat seri tanpa jaringan.
BACA LAGI "Kelantan Menang Bergaya"

Nak Berbogel? Jom!


ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.
"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.
"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.
Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.
Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. 
BACA LAGI "Nak Berbogel? Jom!"

Friday, April 22, 2011

Benjy oh Benjy


 Pelakon yang sedang menjalani perbicaraan membabitkan kes dadah, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dibawa ke Hospital Pakar Damansara di sini, Selasa lalu.


Benjy dikatakan menggunakan mesin pernafasan selepas dia dilaporkan sukar bernafas kerana diserang penyakit asma kronik dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Difahamkan, Benjy yang masih dalam pemantauan pihak berkuasa sementara menanti perbicaraan dilaporkan rebah di kediamannya di Petaling Jaya di sini, kerana sukar bernafas kira-kira jam 6 pagi menyebabkan dia gagal hadir ke mahkamah, kelmarin. 
Rentetan itu, Benjy dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Ibunya Azean Irdawaty Yusoef ketika dihubungi, berkata anak lelakinya itu masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan.


“Setakat ini saya belum tahu keadaan sebenar Benjy. Saya dimaklumkan doktor memberinya ubat pelali supaya Benjy dapat tidur dan berehat.



“Apa yang saya lihat, Benjy terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Azean yang lebih senang dipanggil Kak Yan, berkata doktor memaklumkan supaya bersabar selain mendakwa mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga hari bagi memastikan keadaan sebenar anaknya itu.




“Doktor nak tunggu tindak balas Benjy selepas diberikan ubat dan bantuan pernafasan terlebih dulu sebelum melakukan rawatan seterusnya,” katanya.

Azean berkata, dia juga seperti ibu lain berharap kesihatan anak lelakinya itu bertambah baik.


“Saya akan terus menjaga Benjy tidak kira siang atau malam. Saya yakin Benjy memerlukan saya di sisinya setiap masa,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan perbicaraan Benjy yang menghadapi dua tuduhan memiliki syabu tahun lalu, di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin ditangguhkan selepas pelakon itu mengalami masalah kesihatan.


Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan itu selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke hospital.


Benjy didakwa memiliki syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini, pada jam 4 petang, 11 Mac 2010. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini, pada jam 3 petang hari sama dan Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


BACA LAGI "Benjy oh Benjy"

Dayuskah Aku


 “Saya bukan dayus,” tegas bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.


Dia berkata demikian bagi mengulas persepsi negatif sesetengah pihak berikutan sikapnya yang lebih banyak berdiam diri selepas isterinya didakwa berkhalwat dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim, 36, di sebuah hotel pada Ogos tahun lalu. 


HADIR...(dari kiri) Roslin, Raja Azmi  dan Jalani (dua dari kanan) berbincang dengan peguam mereka ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Jawi, semalam.

“Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana ketika kejadian saya sendiri berada di situ. Saya kenal dan tahu sejauh mana hubungan isteri saya dengan Roslin yang sudah saya anggap seperti adik sendiri,” katanya selepas memberi keterangan dalam siasatan membabitkan Raja Azmi dan Roslin di Pejabat Hal-Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, semalam.

Ini kali pertama Jalani meluahkan perasaannya kepada media selepas lapan bulan kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya itu berlalu dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.



“Saya kecewa dengan tohmahan yang dibuat. Masyarakat terus menghukum tanpa mengambil kira kebenaran. Mereka tidak sedar perbuatan itu membuatkan keluarga kami berada dalam keadaan aib, malah anak saya tertekan dan malu untuk ke sekolah,” katanya.



Jalani turut menyifatkan dakwaan isterinya dan Roslin berkhalwat yang dibuat bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman, 39, sebagai tidak logik atau diterima akal.
BACA LAGI "Dayuskah Aku"

Selangor, Kelantan Makin Hangat

Pergeseran dalam memburu pendahulu Liga Super semakin hangat apabila bermulanya pusingan kedua. Selangor mahupun Kelantan yang akan berentap pada pertengahan minggu depan pastinya mempunyai perancangan masing-masing bagi mencapai matlamat untuk menduduki takhta Liga Super. Keadaan sekarang pastinya mengulangi aksi sengit kedua-dua dalam usaha untuk menduduki takhta pada musim lalu di mana pada akhirnya ia dimenangi oleh Selangor. Bagaimanapun, berdasarkan situasi sekarang di mana, persaingan dalam perebutan takhta Liga Super ini dilihat lebih terbuka dan melibatkan beberapa pasukan lain seperti Perak, Terengganu dan Kedah. Situasi ini pastinya menjadikan Liga Super musim ini begitu menarik.

Diharapkan aksi di pusingan kedua ini lebih menarik dan menjanjikan permainan yang berkualiti dan mendebarkan dan seterusnya melahirkan pemain yang mantap untuk skuad Harimau Malaya.
BACA LAGI "Selangor, Kelantan Makin Hangat"

Hanya Untuk Si Dara


GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Yang menariknya tu, syarat penting ialah PERAWAN, kutip guna MULUT dan mempunyai PAYUDARA BERSAIZ BESAR.
BACA LAGI "Hanya Untuk Si Dara"