Situas Berita Pertama:
Berita yang berlaku di Kedah berkenaan dengan kes sidang media Menteri Besar Kedah. Pemberita memberi ulasan negatif terhadap Kerajaan Negeri Kedah sambil ekspresi mukanya menunjukkan imej tidak suka dengan situasi tersebut dan seolah-olah mahu memujuk audien juga supaya berpendapat semacam dia. Wartawan yang membuat liputan di sidang media juga menanyakan soalan yang berbentuk provokasi. Dia juga kemudiannya menemubual responden yang mengutuk tindakan tersebut walaupun mereka juga sebenarnya tidak tahu angka sebenar yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dalam kes banjir tersebut.
Situasi Berita Kedua:
Berita berkatan dengan pembangkang di Pulau Pinang yang mengambil tindakan keluar dewan. Wartawan memberi review yang negatif terhadap tindakan YDP Dewan di atas tindakan tersebut. Kemudian wartawan di tempat liputan juga menemubual kumpulan yang keluar dewan tersebut iaitu YB-YB BN. Semestinya mereka akan mengatakan sesuatu yang positif berkenaan dengan tindakan mereka dan menyatakan perkara negatif terhadap sesuatu yang bertentangan dengan mereka. Soalnya, kenapa yang ditemubual tersebut hanya sebelah pihak? Kenapa soalan yang ditanya adalah soalan yang selari dengan statement untuk menghentam pihak yang satu lagi?
See.. Kamu semua mesti tahu kan jawapannya.
Kadang-kadang (selalu) orang jadi jelik-muak-nak muntah tengok berita macam ni. Ketara sangat permainan politiknya.
No comments:
Post a Comment