Dalam hal ini, Presiden PKR sendiri perlu membawa perubahan dalam PKR. Perbuatan dan tingkah laku Anwar kini telah membangkitkan pandangan negatif dalam kalangan umum terhadap dirinya sendiri. Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh lawan Anwar sekarang ini adalah akibat daripada perlakuan Anwar sendiri. Situasi ini tidaklah menjadi sesuatu yang menghairankan kerana tindakan Anwar pada setiap ceramah atau apa sahaja kempen seakan-akan memperjuangkan sesuatu atas tujuan untuk menaikkan namanya sebagai Perdana Menteri. Sebenarnya, secara psikologinya, hal ini akan menerbitkan rasa tidak senang hati sesama manusia. Termasuklah juga dalam kes ini, ia dilihat untuk menaikkan diri sendiri dan dilihat seperti kemaruk untuk mendapatkan jawapan.
Oleh itu, pokok pangkalnya, sesuatu perjuangan itu hendaklah dilakukan berlandaskan perjuangan untuk membela hak rakyat.
No comments:
Post a Comment