Followers

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Sunday, November 14, 2010

Pembuka Gemilang

KETIKA tumpuan lebih terarah di velodrom yang memberikan harapan besar kepada kem negara, penembak Nur Suryani Mohamed Taibi tampil memecah hening pagi Lapangan Sasar Aoti dengan bidikan gangsa, pingat pertama Malaysia acara 10m air raifal individu, semalam.
Tembakan kesembilan dengan catatan 10.8 melonjakkan pemenang pingat emas 10m air raifal berpasangan di Sukan Komanwel New Delhi itu walaupun pada satu ketika dia berada di kedudukan keempat di belakang tiga penembak China yang terlalu gagah untuk ditumbangkan.
Bidikan penamat 10.8 sudah cukup buat Nur Suryani memecah dominasi China apabila sah menamatkan cabaran dengan mata keseluruhan 501.8.

“Ini kejayaan paling gemilang sepanjang karier saya apatah lagi bersaing dengan jaguh dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik. Saya bersyukur kerana menjadi penembak wanita Malaysia pertama meraih pingat di Sukan Asia,” katanya.

GEMBIRA...Nur Suryani mengangkat tangan selepas meraih gangsa, semalam.

Kejayaan yang dicapai pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 28 tahun itu mengakhiri kemarau panjang 24 tahun Malaysia di dalam acara menembak yang kali terakhir dilakukan Peter Lim ketika memenangi pingat perak acara trap di Sukan Asia Seoul.

Juara dan naib juara dunia, Yi Siling dan Wu Liuxi meraih emas dan perak apabila mengutip 504.9 mata dan 502.8 mata.

Yi adalah pemegang rekod dunia ketika Kejohanan Dunia di Munich, Jerman, Oktober lalu dengan catatan 505.6. Dia bagaimanapun gagal memperbaharuinya di tanah air sendiri.

Penampilan konsisten Nur Suryani mengulangi pencapaian gemilangnya selepas meraih gangsa dalam acara individu dan emas berpasangan di Sukan Komanwel New Delhi bulan lalu.

“Terus terang saya juga terkejut dengan persembahan sebentar tadi. Catatan 501.8 mata adalah rekod terbaik, jauh daripada yang saya lakukan di New Delhi.

“Tambahan pula bukan calang-calang penembak beraksi di final. Tiada langsung penembak India atau Singapura yang mendominasi acara itu di New Delhi. Begitu juga dari bekas negara jajahan Soviet. Yang ada hanyalah tiga penembak China, tiga Iran dan satu Korea Selatan,” katanya.

Ketika ditanya yang mana lebih bermakna antara pingat gangsa Sukan Asia dan emas Sukan Komanwel, Nur Suryani pantas mengatakan anugerah di Sukan Asia kali ini lebih berharga.

“Penembak negara sebenarnya sudah menguasai kualiti Sukan Komanwel tapi di Sukan Asia kita sukar untuk menyerlah. Ini adalah penyertaan kali kedua saya selepas beraksi di Doha empat tahun lalu. Penat lelah saya akhirnya berhasil,” katanya.

Namun agak malang bagi Nur Suryani yang bergandingan dengan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Shahera Raja Rahim dalam acara berpasukan apabila sekadar berada di kedudukan ke-13.

No comments: