Followers

Halaman

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Friday, November 12, 2010

Penangan Gekko-gecko

RANTAU PANJANG: Pekan Rantau Panjang di sini, kini menjadi tumpuan broker mendapatkan spesies cicak dikenali gekko-gecko yang mempercayai hempedu reptilia berkenaan mempunyai khasiat perubatan.

Meskipun sukar dijumpai, namun cicak gekko-gecko yang bukan spesies dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu dikatakan hidup di kawasan belukar dan hutan.
Spesis cicak yang menjadi rebutan dan mempunyai nilai yang tinggi ketika ini.


Selain dipercayai mempunyai khasiat perubatan, reptilia berkenaan menjadi tumpuan kerana nilainya yang tinggi sehingga mencecah RM35,000.

Mekanik yang juga peminat gekko-gecko, Edam Chaling, 48, berkata minatnya untuk memelihara reptilia dikenali 'tokek' oleh penduduk tempatan itu bermula dua tahun lalu.

Edam bersama rakannya yang juga seorang peniaga, Koseng Kombi Malaysia, 42, hanya memelihara reptilia berkenaan di rumahnya semata-mata kerana minat dan hanya akan menjualnya apabila ada permintaan.

"Saya hanya minat reptilia ini semata-mata kerana minat disebabkan fizikalnya yang mempunyai corak unik dan boleh bertukar warna mengikut keadaan," katanya ketika ditemui di Kampung Degong di sini, semalam.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai kecenderungan penduduk kampung di Kedah mencari sejenis haiwa daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang mendakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 seekor untuk dijadikan ubat tradisional.

Sementara itu, Koseng berkata, sebelum timbul minatnya untuk memelihara gekko-gecko bersama Edam, mereka didatangi budak di kampung berkenaan menawarkan reptilia berkenaan untuk dipelihara.

Disebabkan fizikal reptilia berkenaan yang unik, beliau berkata, mereka bersetuju untuk memeliharanya semata-mata kerana minat sebelum berita mengenai gekko-gecko dipaparkan di media massa baru-baru ini berikutan harganya tinggi.

"Sebelum ini, ada seorang broker dari Kuala Lumpur yang membeli seekor gecko-gekko RM35,000 dengan berat 320 gram. Mereka membelinya kerana mendakwa mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

"Haiwan ini mempunyai nilai tinggi kalau bersaiz besar kerana pembeli biasanya hanya mahukan hempedu (gekko-gecko) untuk dijadikan bahan untuk mengubati penyakit... kalau saiznya besar, maka hempedunya juga besar.

"Sebelum ini, membela tokek ini adalah perkara biasa kerana haiwan berkenaan biasanya ditangkap di kawasan belukar, sekitar kawasan Bukit Kwong, dan rumah padi," katanya.

Beliau berkata, kos untuk memelihara gekko-gecko tidak tinggi kerana haiwan berkenaan hanya makan serangga, belalang dan cengkerik selain memerlukan habitat yang redup.

"Sekiranya berada dalam keadaan terancam, haiwan ini akan bertukar warna dan badannya akan berubah menjadi kurus untuk melindungi diri daripada ancaman contohnya ular dan helang," katanya.

No comments: