Followers

Halaman

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Friday, November 12, 2010

Supermodel, Amber Chia Kini Bergelar Super Mom!


KUALA LUMPUR, 9 NOV 2010: Setelah bergelar ibu sejak sebulan yang lalu, model terkenal Amber Chia kini mengakui dirinya lebih gemar menghabiskan masa bersama putera kesayangannya, Ashton Wong berbanding menghabiskan masa di luar.
Amber yang ditemui ketika dalam acara Full Moon Party di Sheraton Imperial's Nusantara Ballroom semalam menyedari perkara itu apabila dia dapat merasakan kehidupannya kini benar-benar telah berubah.
"Jika dahulu saya banyak menghabiskan masa di luar bersama kawan-kawan, kini saya sukar untuk keluar lama meninggalkan Ashton kerana saya akan cepat rindukannya.
"Tambahan pula saya masih menyusukannya dan saya bercadang untuk menyusukan Ashton sehingga dia cukup umur 2 tahun. Jika saya pergi bekerja pun, saya akan pamkan susu untuknya,"jelas Amber yang ditemani suaminya Adrian Wong.
Bercerita mengenai pengarang jantungnya itu, Amber bersyukur kerana Ashton bukanlah seorang bayi yang cerewet malah selalu menyenangkan hidupnya.
"Ashton seorang bayi yang baik dan senang untuk menjaganya. Dia hanya akan menangis bila lapar dan kotor sahaja. Saya rasa saya sudah cukup menjadi ibu yang profesional kerana kalau dulu saya tidak tahu menukar lampin bayi tapi kini saya sudah pakar malah suka bila waktu menukar lampin Ashton," katanya sambil ketawa kecil.
Menurut Amber lagi, dia tidak akan menentukan hala tuju masa depan anaknya. Namun jauh di sudut hatinya berharap agar anaknya akan menceburi dunia peragaan sepertinya suatu hari nanti.
"Saya akan memberi kebebasan terhadap anak saya mengikut apa yang dia suka. Saya akan hanya menyokongnya dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Tapi saya akan lebih gembira jika dia suka dunia hiburan atau modeling seperti apa yang saya lakukan sekarang ," katanya yang kini sudah kembali langsing.
Apa yang pasti, acara Full Moon Party yang dikendalikan oleh pengacara TV Daphne Iking pada malam berkenaan, telah diatur serta ditaja sepenuhnya oleh syarikat pakar pelangsingan S2 Slimming bagi meraikan hari tamat berpantang Amber seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat berbangsa Cina.
Amber yang dilamar oleh produk pakar pelangsingan, S2 Slimming sebagai duta sejak dia sedang hamil lagi, amat berpuas hati dengan program pelangsingan, SuperMom Post-natal yang dijalankan sepanjang waktu berpantangnya.
"S2 Slimming memberikan apa yang saya diidamkan iaitu pendekatan yang menyeluruh dalam penurunan berat badan dan pembentukan tubuh. Rawatan mereka yang serba canggih membantu saya mencapai berta badan yang diingini selepas tamat berpantang.
"Antara prosedur yang saya paling suka dalam program ini adalah Water Retention yang memberi fokus kepada bahagian berlemak di lengan dan peha. Selain ianya tidak menyakitkan rawatan ini dapat mengecilkan bahagian lengan saya yang saya rasa sudah membesar sejak saya mengandung lagi," jelasnya lagi.
Amber juga memberitahu dia amat gembira kerana dapat kembalikan bentuk tubuh asalnya walaupun baru sebulan bersalin.
"Saya seperti tak percaya dengan bentuk badan saya miliki sekarang. Bayangkan berat saya selepas melahirkan anak sebulan yang lalu adalah 69.5kg dan sekarang dengan bantuan S2 Slimming saya berjaya turunkannya sehingga 55kg," katanya.
Pengurus Pengarah S2 Slimming pula berkata, dia kagum dengan pencapaian Amber kerana rawatan yang sepatutnya dilakukan untuk dua bulan itu telah berjaya dilakukan oleh Amber dalam masa sebulan sahaja.
"Kami berpendapat imej dan personaliti yang ditampilkan Amber sebagai supermodel terkenal sangat serasi serta sesuai dengan jenama S2 Slimming. Sebab itulah kami memilih dia dan kami cukup gembira apabila dia bersetuju untuk menjadi duta syarikat kami.
"Saya juga berbangga dengan Amber kerana dia seorang yang sangat bersemangat dengan apa yang dilakukan sehinggakan dia hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk menurunkan berat badannya ke bentuk badan ideal," jelasnya.
Selain acara Full Moon Party bagi meraikan hari tamat berpantang bagi budaya masyarakat Cina, Amber yang ditemani suaminya, Adrian Wong itu juga telah berkesempatan memperkenalkan bayi comelnya, Ashton Wong kepada tetamu yang hadir pada malam itu.

No comments: