Followers

Halaman

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Thursday, February 3, 2011

Berakhir Sudah

Anuar Manan- Gambar Fail
LTdL sudah berakhir. Berkenaan dengan penganjuran, semuanya 'A'!!! Bahkan penganjuran kali ini juga mendapat pujian daripada badan berbasikal dunia kerana mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun termasuklah pelan alternatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga. Bagaimanapun, jika dilihat prestasi sebenar dalam LTdL kali ini, pasukan kebangsaan Malaysia kita ternyata tidak mampu menandingi kehebatan pasukan-pasukan luar. Ketara sekali skuad kebangsaan ketandusan bakat terutama sekali dalam bahagian pendakian. Ketiadaan pakar pendakian nyata memberi perbezaan yang besar antara pasukan yang bermutu dengan yang sebaliknya. Bagaimanapun, kehadiran pelumba dari Terengganu iaitu Anuar Manan nyata memberi sedikit nafas kepada nama Malaysia walaupun beliau bukanlah mewakili skuad kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, Anuar juga tidak dapat mempertahankan jersi Raja Pecut yang dimenanginya pada tahun lalu. Pada edisi kali ini beliau hanya menduduki tempat-3 dalam kategori tersebut. Diharapkan selepas ini akan ada perancangan yang lebih rapi daripada pihak pengurusan dan kejurulatihan dalam mencungkil dan membangunkan bakat pelumba basikal di negara ini.

No comments: