Followers

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

Aung San Suu Kyi Hampir Pasti Dibebaskan



Jeneral pemerintah Myanmar hampir pasti membebaskan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi dari tahanan rumah dalam tempoh terdekat, kata pegawai kerajaan semalam, ketika penyokong ikon demokrasi itu berkumpul untuk menyambut pembebasan pemenang hadiah Nobel keamanan itu. 
Pihak berkuasa akan membebaskannya. Ia sudah pasti, kata pegawai kerajaan yang enggan didedahkan namanya.
Peguam bela bagi Suu Kyi, 65, yang menghabiskan kebanyakan dua dekad lalu dalam tahanan rumah, berkata penggal penahanan rumah terkini bermula dengan penahanannya 14 Mei tahun lalu akan tamat hari ini.

Beliau sudah pasti akan dibebaskan seperti yang dirancang, kata seorang pegawai kerajaan lain yang enggan dikenali.
Kami sedang menunggu masa sesuai untuk membebaskannya. Penahanan Suu Kyi yang sepatutnya tamat tahun lalu dilanjutkan 18 bulan, Ogos tahun lalu selepas seorang warga Amerika Syarikat berenang ke rumah tepi tasiknya, satu kesalahan di untuk menerima pelawat asing di rumah. Insiden berkenaan dan lanjutan penahanan yang menyusul menghalang Suu Kyi daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya negara itu minggu lalu, iaitu yang pertama sejak 20 tahun lalu.


Kami percaya pihak berkuasa akan membebaskannya namun kami belum mendapat sebarang pengesahan. Mereka tidak boleh melanjutkan tahanannya di bawah undang-undang, kata seorang peguamnya, Nyan Win.


Mereka perlu membebaskannya untuk negara, beliau menambah.
Anak perempuan kepada bapa pengasas Myanmar, Jeneral Aung San itu memimpin parti pimpinannya Liga Demokrasi Nasional (NLD) untuk menyapu bersih dalam pilihan raya dua dekad lalu. Namun kemenangan itu tidak diterima dan parti itu tidak pernah dibenarkan membentuk kerajaan.


Penyokong Suu Kyi berkata beliau akan mengadakan sidang media di ibu pejabat NLD jika dibebaskan.


Sesetengah pemerhati percaya pembebasannya disertakan dengan sekatan bagi memastikan beliau tidak mengancam kekuasaan jeneral.


Bagaimanapun, Nyan Win berkata Suu Kyi tidak akan menerima sebarang syarat untuk pembebasannya.


Beberapa anggota belia NLD sudah mula menunggu di hadapan ibu pejabat NLD semalam dan mereka merancang menderma darah di sebuah hospital tempatan bagi menandakan pembebasan Suu Kyi. Empat kenderaan polis dilihat mengawal kawasan itu.

2 comments:

KBSM said...

pejuang demokrasi...

Penggoreng said...

yupp.. itulah yang sepatutnya junta tentera buat lame dulu..