Followers

Halaman

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Monday, November 15, 2010

Bola Sepak: Malaysia Tewas Dengan Megah

Khairul Fahmi Che Mat


Seperti yang dijangkakan sebelum perlawanan, Malaysia tidak mampu memberi saingan kepada Iran dalam acara bola sepak. Iran yang menduduki ranking ke-4 Asia begitu gah untuk dihadapi oleh skuad serba malang Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Malaysia hanya mampu bertahan sambil mengharapkan serangan balas. Tetapi taktik tersebut langsung tidak menjadi apabila pada separuh masa pertama, Malaysia langsung tidak membuat sebarang percubaan ke gawang Iran, sebaliknya Iran berjaya melakukan 17 percubaan. Bagaimanapun, mereka dihampakan oleh kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada satu ketika iaitu pada minit ke-70, ball possession Iran-Malaysia ialah 78-22. Ia jelas menunjukkan penguasaan bola yang ketara oleh pasukan Iran. Gol-gol Iran dijaringkan pada minit ke-53, 60 dan 67.

Bagaimanapun, selepas menjaringkan tiga gol, Iran mula mengendurkan serangan dan barulah nampak serangan-serangan yang boleh diklasifikasikan sebagai berbahaya dilakukan oleh Malaysia. Hasilnya,  Malaysia berjaya menjaringkan gol yang disumbangkan oleh Noorshahrul Idlan Talaha pada minit ke-85 menerusi sepakan penalti. Kredit diberikan kepada pasukan negara kerana walaupun beraksi dalam serba kekurangan, namun mereka berusaha memberikan yang terbaik.

No comments: