Followers

Dapatkan Nisvia Pada RM35


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

Kenapa Siti Nurhaliza Tak Hadir Pernikahan Saerah?





Sungguhpun terkejut dengan berita adik penyanyi Dato' Siti Nurhaliza iaitu Saerah telah pun berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, namun kami tetap nak ucapkan tahniah kepada penyanyi ini kerana selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka bernama Saiful Anuar yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Dengarnya, hubungan Saerah dan suaminya itu telah pun mencecah 2 tahun yang mana sewaktu orang heboh dok kata Saerah sibuk bercinta dengan penyanyi dari Singapura iaitu Imran Ajmain, rupa-rupanya mereka dah lama berkenalan.
Malah, kami dapat tahu, si kakak Saerah yang sorang lagi , Saida yang baru saja selesai dengan kes rumah tangga pun tidak dapat nak menghidu kisah percintaan Saerah. Biarlah rahsia, katanya...
Difahamkan, sebelum berkahwin, Saerah ni memang banyak kawan lelaki sehingga keluarga pun tak dapat tahu yang mana satu yang betul-betul serius dengan Saerah sehinggalah dia ambil keputusan nak kahwin dengan Saiful Anuar.
Apapun, kami diberitahu, sewaktu majlis nikah yang diadakan di kampung Siti Nurhaliza iaitu di Lipis, semua adik beradik Saerah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan tersebut.
Pun begitu, kami dimaklumkan, kakaknya, Siti Nurhaliza seorang saja yang tidak hadir. Hai kenapa pulak? Bukan ke Siti sangat rapat dengan Saerah?
Dengarnya, sewaktu majlis diadakan, Siti ada terlibat dengan satu majlis yang tidak dapat dielakkan. Yelah, dah nama pun penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu jadual Siti telah pun ditetapkan dari awal.
Yang penting, walau macam mana sekalipun, kami nak juga dengar dari pengakuan Saerah sendiri kenapa dia mahu merahsiakan perkahwinannya. Setidak-tidaknya, Saida dan pengurus Siti, Rozie yang juga kakak iparnya telah pun memberikan mengesahkan tentang berita pernikahannya itu. Bagaimana pula dengan tuan empunya diri?
Nampaknya media kena tunggulah jawapan Saerah selepas dia balik dari berbulan madu di sebuah pusat percutian yang indah di Johor.

2 comments:

KBSM said...

orang dah terkenal.. nak cancle..nanti kene kutuk plak...

Penggoreng said...

hahaha betol beb..